Sunday 23 October 2011

Gagak yang Bijak

Koleksi cerita kanak-kanak yang sesuai untuk murid pemulihan.Asyik membaca sahaja apa kata kita menonton cerita..

Aktiviti dimasa lapang.Menceriakan kelas Pemulihan dan sekitarnya.Itulah hobiku melukis mural.Hilang penat setelah melihat hasilnya.. walau tak seberapa.


Kelas yang ceria dan kondusif menarik minat murid untuk belajar.Inilah sentuhan jari-jemariku..MOK ANI D'PULIH

Kata-kata perangsang untuk guru pemulihan supaya sentiasa ingat dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bersama menjanakan transformasi 1 Malaysia.
Khas untuk murid Linus Tegar

                                               Mari membilang 1,2,3......


                                            Mural di luar kelas pemulihan.


                              Kasihan zirafah dan Sang Kancil ...tertutup...

Friday 21 October 2011

KELAS PEMULIHAN SKTSK.

 Inilah kelasku....

 
           Kelas pemulihan SKTSK mempunyai 14 orang murid pemulihan. 8 lelaki dan 6 perempuan. 9 murid India dan 5 orang murid Melayu.
        Murid India biasanya mengalami masalah penguasaan bahasa dan pertuturan. Biasanya masalah itu akan dapat diatasi apabila mereka memasuki kelas pemulihan.Murid akan diajar asas 3M.Murid-murid pemulihan terdiri dari latar belakang keluarga yang berlainan.Masalah keluarga , genetik dan persekitaran  merupakan sebab mereka mengalami masalah pembelajaran.
        Segala ilmu dan kemahiran yang ada pada guru pemulihan hendaklah dimanafaatkan sepenuhnya agar dapat mengatasi masalah buta huruf. Murid-murid diajar dan diasuh dengan penuh keikhlasan , kasih sayang, dan jauhi sebarang tekanan.
Di sini masih ada sinar dan harapan.


Sedia menerima kehadirannya...


Cermin Diri Hiasi Peribadi

Aktiviti-aktiviti Kelas Pemulihan Khas.

Aktiviti permainan mencantum puzzle merupakan aktiviti yang dapat menarik minat murid melalui kaedah BELAJAR MELALUI BERMAIN. 

Azmirol membantu Zairol mencantum huruf untuk membentuk perkataan.
Sikap bekerjasama diterapkan agar murid yang pandai dapat membantu rakan mereka yang lemah.
JOM ..kita baca...
Murid-murid pemulihan membaca buku mengikut tahap penguasaan mereka "BUKU BACEPAT"salah satu pilihan .Murid membaca setelah selesai menyiapkan latihan (Aktiviti Pengayaan).

Bersama anak-anak murid yang disayangi...Inilah Duniaku..

Tetap setia mencurahkan ilmu walau di mana berada ...walaupun berlainan agama dan bangsa .Tanpamu siapalah aku...

Salah satu kaedah yang memudahkan murid pemulihan menguasai ABC.

Jika murid anda mengalami kesukaran mengenal ABC cuba guna kaedah ini.
Gantungkan kad huruf di leher mereka.Guru serta murid-murid memanggil sesama mereka tersebut mengikut huruf yang mereka pakai . Pastikan huruf yang digantung merupakan huruf yang mereka tidak kenali.Insyallah mereka akan menguasai a,b,c....dalam masa sehari sahaja..

Bagaimana nak menarik minat murid pemulihan minat belajar....cuba kaedah ini..